Tips Membeli Laptop
Infomasi kali ini admin nak kongsikan sedikit mengenai pemilihan laptop yang "WAJIB" diambil tahu sebelum membeli.(Gambar diatas sekadar hiasan)
1. Spesifikasi
Sebelum bersetuju untuk membeli ,anda wajib mengetahui spesifikasi laptop tersebut sama ada bersesuaian untuk kegunaan harian anda atau tidak.Sebagai contoh jika anda hendak mengunakan laptop tersebut untuk design menggunakan aplikasi yang bersaiz besar,jangan memilih spesifikasi yang rendah kerana ini mugkin akan menyukarkan anda untuk melakukan kerja tersebut.
Antara spesifikasi penting yang perlu anda tahu adalah "PROCESSOR" , "RAM" , "GRAPHIC CARD" ,dan "HARD DISK".. Anda boleh mengetahui nya dengan melihat pada sticker yang ditampal di bawah keyboard atau bertanya dengan penjual.
Pastikan anda tidak tersalah membuat pilihan semasa membeli laptop kerana ini akan merugikan anda kerana Processor & Graphic card tidak boleh di upgrade semula.
2. Brand
Jangan terlalu memilih brand kerana brand yang popular harga nya lebih mahal berbanding brand biasa yang mempuyai specsifikasi yang tinggi.
3.Harga
Jangan mengutamakan harga, semasa pemilihan laptop, pastikan anda lihat spesifikasi nya terlebih dahulu sebelum melihat harga kerana kebanyakkan harga yang murah specsifikasi sangat rendah.jadi utamakan keperluan anda.
4.Kegunaan
Pastikan anda telah mengetahui kegunaan laptop yang anda beli ini untuk apa,Jika hendak gunakan untuk gaming,pastikan memilih spesifikasi yang Power sikit.. :)
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment