Perbezaan antara kbps KBps Dan mbps MBps




Info beza kbps KBps or mbps MBps

Perbezaan KBps dan Kbps Sebenarnya banyak yang keliru mengenai perkara ini. Anda harus tahu bahawa KBps dan Kbps adalah dua perkara yang berbeza dalam sebutan yang sama.
Anda mesti pernah lihat iklan telco yang menawarkan speed internet bermula dari 128Kbps - 7.2Mbps.

Tetapi kenapa bila download tidak pernah dapat speed seperti yang diiklankan ?

Berikut adalah penjelasan mengenai perkara ini :
KBps (Kilobyte per second) Kbps (Kilobit per second)
Nilai Converter 1 byte = 8 bit
Untuk mengetahui speed download broadband anda senang sahaja tinggal bahagi speed yang anda langgan dengan 8 :
Seperti di bawah ini :
128 Kbps : 128/8 = 16 KBps 256 Kbps : 256/8 = 32KBps 384 Kbps : 384/8 = 48 KBps 512 Kbps : 512/8 = 64 KBps 1 Mbps : 1024/8 = 128 KBps
Jadi anda tidak perlu tertanya lagi jika anda melanggan 256Kbps kenapa speed download cuma 32KBps.

Artikel ini untuk menjawab soalan seorang rakan mengenai permasalahan ini. Semoga bermanfaat.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...